Suamiku Encik Sotong Book Pdf ePub

Suamiku Encik Sotong

by
3.54136 votes • 17 reviews
Published 10 May 2013
Suamiku Encik Sotong.pdf
Format unknow
Pages624
Edition1
Publisher Buku Prima
ISBN -
ISBN139789670535210
Languageunknow



ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

"Suamiku Encik Sotong" Reviews

Don ツ
3
Mon, 10 Nov 2014

Kalau tak sebab baca artikel kat surat khabar& penangan Sharnaaz Ahmad jadi ow rasanya sampai bila-bila aku takkan baca buku ini. *gelakguling2* ;)
Yang penting. Pastinya,konpem kalau aku baca buku ni sebagai pembaca awal akan pertikai dengan persoalan kenapa...kenapa...kenapa... sedangkan ada karya lain yang lebih baik darinya. [endingnya also sucks hell]
dan hanya kerana Sharnaaz. cis.
buku ni dah jadi kategori 'not bad-lah'.
double-cis-beger.

Suria
- Kuala Terengganu, 11, Malaysia
3
Fri, 21 Nov 2014

sebagai pembaca setia novel....ermmmm....karya ni tidak menepati citarasa sebagai pembaca. kenal novel ni melalui adaptasi drama. sempat tengok 3 episod. seronok...kelakar. tetapi bila mula membaca novelnya agak mengecewakan. watak utama dengan watak sampingan mengambil peranan sampai ke penamat. apa cer. mana ada pembaca novel nak baca hero dan heroin bawa hal masing2. nonsense. baik penulis buat 2 kisah cinta. tak perlulah nak gunakan status perkahwinan. perkahwinan sesuatu yg suci bukan nak guna sebagai modal glamer.sorry terpanas

Intan
- Singapore, 00, Singapore
4
Sat, 30 Nov 2013

Mula-mula agak kesal dengan sikap Erica, Farish dan Izhan. Tetapi rupanya ada pengajaran yang nak diketengahkan oleh penulis. Good work!
Erica dan Farish berkahwin kerana harta dan ego. Masing-masing tidak melaksanakan tanggungjawab dalam rumahtangga mereka. Mereka jatuh cinta dengan orang lain. Erica dengan Izhan dan Farish dengan Dhia Adirra. Erica dan Izhan terlanjur sehingga mengandung. Ibu Izhan berdendam dengan Erica lalu dia mereka cerita tentang pertunangan Izhan dengan Qarina. Erica kecewa lalu menjauhkan diri. Kerana dia hubungan Farish dan Dhia juga terganggu. Lama mereka menderita. Erica bertemu dengan Nurul Ain. Nurul memberi dia semangat serta bimbingan agama. Erica mula berubah. Dia melarikan diri untuk menenangkan diri. Dia menumpang di rumah tumpangan anak yatim milik Nurul suami-isteri. Akhirnya rahsia mengenai hubungan Erica, Farish dan Izhan terbongkar. Mama Lia memberitahu siapa sebenarnya bapa kepada anak yang dikandung Erica. Semua terperanjat. Tengku Atylia menyesal akan kesalahan yang dilakukan sehingga ramai yang menderita. Selepas melahirkan, Erica menalifon papanya untuk berterus-terang dan meminta maaf. Papanya memberitahu semua akan keberadaan Erica dan anaknya. Hubungan Erica dengan papanya dan Izhan serta hubungan Farish dan Dhia akhirnya dapat diperbetulkan.

FITRI YANA
3
Sun, 14 Dec 2014

Almost took me a decade to finish reading this book. Susah nak hadam. Kihkihhh. Personally, this type of story is not my cup of tea. Sebab too much drama. Haha. Hanya kerana buku ni masuk TV then I accidently watched the iklan where Sharnaaz Ahmad played the sotong character. Pretty cool when he can act the lembut character. Haha. And that has made me wanted to give a try to read the book.
Okay, back to the review. Cerita dia not so impressive. Boleh tahan la. And aku agak2 suka character Izhan. Sangat setia dengan rasa cinta dia terhadap Erica. Wahh ~ untung laa kalau dapat laki macam ni. Haha. Tu aja laaa ~ kbai!

Syera
2
Sat, 28 Mar 2015

First of all, why am I reading this ewwww book thing?? Semua sebab Sharnaaz. He's indeed a good actor. Pasal dia la aku gatal tangan nak pi baca buku nie. Tapi cerita buku nie sangat2 la tak bermoral bagi aku (maaf bahasa kasar). Dah kahwin n mengandungkan anak laki lain sangat2 la ewwww. Semua atas dasar cinta katanya. Lagi la hmmmm. Klise, ending semua taubat, semua happy.

Related Books of "Suamiku Encik Sotong"

Panggil Aku Dahlia Pdf Book
by Noor Suraya
Aku Bukan Mistress Pdf Book
by Acik Lana
Mencari Jalan Ke Syurga Pdf Book
by Hasliza Ismail
Terlerai Kasih Pdf Book
by Rehan Makhtar
Setia Hujung Nyawa Pdf Book
by Fatin Nabila
Yes, Boss! Pdf Book
by Areila Sahimi
Cinta Untuk Disewa Pdf Book
by Lynn Dayana
ZOMBIJAYA Pdf Book
by Adib Zaini
Tak Semanis Impian Pdf Book
by Sharifah Abu Salem
Ada Apa Dengan Cinta? Pdf Book
by Jujur Prananto